PUTRAJAYA – Seorang remaja perempuan berusia 17 tahun ditemukan meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh dari tingkat sembilan tempat letak kereta bertingkat di sebuah taman perumahan awam di sini hari ini.

Kejadian itu disahkan Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Aidi Sham ketika dihubungi Kosmo! di sini tadi.

Katanya, hasil siasatan awal mendapati mangsa dipercayai terjatuh dari tempat letak kereta bertingkat sebelum ditemukan seorang saksi awam dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Mangsa ditemui di kawasan berhampiran bangunan tersebut kira-kira pukul 5.45 pagi dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.