BERLIN – Dua orang maut selepas pesawat ringan dinaiki mereka terhempas di sebuah lebuh raya di timur laut Magdeburg, Jerman, lapor agensi berita DW.

Nahas itu menyebabkan semua lorong menghala ke Hannover di salah tahu laluan utama timur-barat Jerman ditutup.

Polis mengesahkan tiada kenderaan lain di jalan raya yang terlibat.

Pesawat berkenaan terhempas sekitar pukul 2.48 petang (waktu tempatan) di antara bandar Burg dan kawasan rehat lebuh raya Krahenberge.