SHENZHEN – Tindakan melampau segelintir peminat sukan luncur ais mencetuskan kemarahan netizen selepas mereka mengejek ‘boo’ kepada atlet Jepun, Mone Chiba, sejurus dia dinobatkan sebagai juara dalam kejohanan Cup of China di sini, semalam.
Insiden itu berlaku ketika majlis penyampaian pingat emas bagi kategori Women Free Skating selepas Chiba berjaya menduduki tempat pertama secara keseluruhan.
Difahamkan, situasi tegang itu berpunca daripada ketidakpuasan hati penyokong atlet Russia, Alexandra Ignatova, yang mendakwa pemarkahan juri berat sebelah dan sengaja menaikkan markah atlet Jepun berkenaan.
Walaupun Ignatova mempamerkan aksi memukau menerusi lompatan sukar quadruple Lutz, Chiba tetap memenangi pingat emas hasil kelebihan mata yang dikumpulnya dalam acara ‘short program’.









