KUALA LUMPUR: Pempengaruh media sosial, Isa Isarb, mendakwa beliau bersama pasukannya ditahan pihak berkuasa Indonesia ketika membuat penggambaran dokumentari jerebu di negara itu, baru-baru ini.

Dalam kenyataan dimuat naik Isa Isarb atau nama sebenarnya, Isa Batharul Zaman, 28, beliau mendakwa mereka disyaki sebagai perisik dari Malaysia atau individu yang menerima wang daripada pihak tertentu untuk menjatuhkan sesebuah kerajaan.

"Tujuan sebenar kedatangan kami adalah untuk membuat penggambaran dokumentari jerebu. Pada hari kejadian, kami sedang dalam perjalanan ke kawasan hutan terbakar apabila terlihat orang ramai berkumpul di lokasi demonstrasi mahasiswa.

"Kami pun singgah untuk menemubual beberapa orang di situ. Tidak lama kemudian, kami didatangi 10 hingga 15 pegawai pihak berkuasa Indonesia.