KUALA LUMPUR: Penyanyi kumpulan Teacher’s Pet, Maman atau nama sebenarnya, Rosman Lamri, 57, mengakui terkejut dengan pemergian sahabat dalam industri seni, Allahyarham Cico Harahap atau nama sebenarnya, Ezzaq Farrouq Harahap, yang disifatkannya sebagai kehilangan besar.

Maman berkata, dia tidak menyangka Allahyarham pergi dalam keadaan dirinya sebelum ini dilihat semakin pulih, malah sudah kembali aktif melakukan aktiviti kecergasan dan berinteraksi dengan peminat menerusi siaran langsung di media sosial.

Menurutnya, perubahan keadaan Allahyarham yang dilihat semakin baik membuatkan berita pemergian itu sukar dipercayai.

“Terkejut dengan berita ini. Setahu saya dia sudah nampak berbeza kerana dia mula bersenam walaupun saya tahu sebelum ini dia sudah lama sakit. Ibunya, Uji, memang sudah banyak membantunya dan saya juga selalu mengambil tahu tentang keadaannya.