Ampang: Artis legenda, Uji Rashid akur dengan pemergian anak lelaki kesayangannya, Cico Harahap di Hospital Ampang, di sini, hari ini.
Uji atau nama sebenarnya, Fuziah Haroun Al Rashid, 73, berkata, dia mulanya sukar menerima berita sedih yang amat mengejutkan ini.
"Saya bercakap dengan rakan-rakan dan saudara mara perkara ini yang saya masih tidak dapat menerimanya.
"Tetapi mereka berkata, jangan begitu kerana kita terpaksa relakan, reda dia pergi. Itu pinjaman Tuhan. Jadi saya ingat balik ketentuan itu.









