BANDAR RAYA GAZA / ISTANBUL: Lima rakyat Palestin, termasuk seorang wanita, cedera dalam siri serangan berterusan Israel di seluruh Semenanjung Gaza hari ini, di tengah-tengah serangan harian Tel Aviv terhadap gencatan senjata tahun lalu, lapor Anadolu Ajansi.
Sumber memberitahu Anadolu bahawa empat rakyat Palestin cedera, termasuk seorang parah, dalam serangan Israel yang menyasarkan sekumpulan orang awam di utara Gaza.
Saksi berkata, sebuah dron melepaskan peluru berpandu ke arah perhimpunan orang ramai di kawasan Bir al-Naaja, barat Jabalia di utara Gaza.
Di bahagian selatan pula, seorang wanita ditembak di belakang oleh tentera Israel ketika berada di Kem Qatar, timur Kompleks Kediaman Hamad di Khan Younis, kata sumber itu.









