Kuching: Jaringan sendiri pemain Selangor FC pada penghujung masa tambahan memastikan Kuching City FC menempah slot ke final Piala FA selepas menewaskan Selangor FC dengan agregat 3-2 dalam aksi separuh akhir kedua di Stadium Taha Ariffin, malam ini.
The Cats memulakan perlawanan dengan intensiti tinggi menerusi serangan bertali arus dalam usaha memburu gol awal bagi merapatkan defisit agregat.
Tuan rumah menguasai sebahagian besar permainan dengan kawalan kemas di bahagian tengah, manakala Selangor cuba mengimbangi perlawanan menerusi serangan balas pantas yang berjaya dipatahkan benteng pertahanan Kuching City.
Bagaimanapun, kedua-dua pasukan gagal memecah kebuntuan dan terikat tanpa jaringan sehingga tamat babak pertama.








