PETALING JAYA: Impian Selangor FC untuk mara ke final Piala FA musnah apabila disingkirkan Kuching City FC di peringkat separuh akhir.

Dalam aksi separuh akhir kedua Stadium Taha Ariffin, skuad kendalian Aidil Sharin Sahak menang 2-0 dalam aksi yang berlanjutan ke masa tambahan.

Selepas tewas 2-1 dalam aksi separuh akhir pertama, The Cats sedar mereka perlu bangkit dalam aksi timbal balik untuk mara ke pentas final.

Beraksi di laman sendiri, skuad kendalian Aidil menyamakan kedudukan agregat 2-2 menerusi sepakan penalti yang disempurnakan Safawi Rasid pada minit ke-57.