KUALA LUMPUR: Selangor FC bertekad menurunkan skuad terbaik ketika berdepan Kuching City dalam aksi separuh akhir kedua Piala FA di Stadium Taha Ariffin, Ahad ini, dengan kemenangan menjadi buruan utama bagi memastikan slot ke final menjadi milik mereka.
Namun begitu, pengendali Selangor, Kim Pan-gon mengakui bakal berdepan cabaran getir daripada tuan rumah yang semestinya turut mahu meraih tempat ke perlawanan akhir, namun percaya semangat dan keinginan tinggi pemainnya mampu menjadi kekuatan untuk merealisasikan sasaran itu.
Katanya, beberapa cabaran yang dihadapi musim ini juga menjadi sumber kekuatan buat pemain dan pasukan untuk terus bergerak maju serta berusaha menjadi antara yang terbaik.









