PUTRAJAYA: Kementerian Pengangkutan (MOT) menjadi tumpuan susulan perkembangan terbaru membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah.

Perkembangan itu menarik perhatian berikutan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke sebelum ini mengesahkan keputusan meletakkan jawatan berkuat kuasa sebaik Najib dibenarkan keluar dari penjara untuk menjalani tahanan rumah.

Difahamkan, ketika ini Loke berada di pejabatnya bagi mempengerusikan mesyuarat pasca Kabinet kementerian itu.

Setakat jam 2.50 petang, petugas media masih menunggu di pekarangan MOT bagi mendapatkan pendirian Loke berhubung perkembangan isu tahanan rumah Najib.