Umno menjelaskan denda RM50 juta dikenakan terhadap bekas presiden Najib Razak selepas berjaya mengumpul dana mencukupi menerusi kempen sumbangan dilancarkan pada September lalu.KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini telah mengeluarkan perintah tahanan rumah terhadap bekas perdana menteri Najib Razak, kata peguamnya hari ini.
Farhan Shafee berkata kepada pemberita di sini bahawa perintah itu akan diserahkan kepada Penjara Kajang, tempat Najib menjalani hukuman penjara berhubung kes rasuah sejak 2022.
“Mahkamah telah mengeluarkan perintah tahanan rumah itu dan kami akan menyerahkannya kepada Penjara Kajang,” katanya sambil menambah bahawa beliau menjangkakan Najib akan dibebaskan hari ini.
Terdahulu, Umno berkata parti itu telah menjelaskan denda RM50 juta yang dikenakan terhadap Najib, bekas presidennya, selepas berjaya mengumpul dana mencukupi menerusi kempen sumbangan yang dilancarkan pada September lalu.









