Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selesai menjelaskan denda RM50 juta dikenakan terhadapnya dalam kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd di Pejabat Pendaftar Jenayah Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini.
Pegawai khas kepada Najib, Ahmad Lutfi Azhar hadir di mahkamah pada 11.30 pagi bagi menyelesaikan urusan pembayaran tersebut dan melengkapkan prosedur pentadbiran yang diperlukan sebelum pembayaran itu dimuktamadkan.
Pembayaran itu merupakan antara syarat pengampunan bersyarat diperkenankan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada 18 Sept lepas, yang membolehkan Najib menjalani baki hukuman penjara secara tahanan di rumah hingga 23 Ogos 2028.
Perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan Ke-64 Bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya yang diadakan di Istana Negara.
%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2020%2F02%2F7657f4ff724161d2da1447e2a7fd4381.jpg&w=900&output=webp&q=85&we)
%2Ffile%2Fattachments%2F885%2F5c889b8396aaa1ddf3256d2b92bb7600_261936.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)
%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2024%2F11%2Fe11709848947f68794a509e32ebe0395.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)
%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2026%2F07%2Fe73bb96471c8b24178a6a826872da428.png&w=480&output=webp&q=85&we)
%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2Ffad2eeasdas_203900.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)
%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2Fnajibrazak1_740838.png&w=480&output=webp&q=85&we)
%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2F4353324342_518067.png&w=480&output=webp&q=85&we)


