Bekas perdana menteri Najib Razak dipenjarakan pada Ogos 2022 selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitannya atas kesalahan menyalahgunakan kuasa, pecah amanah jenayah dan pengubahan wang haram membabitkan dana RM42 juta milik SRC International. (Gambar EPA Images)PETALING JAYA: Umno telah menjelaskan denda RM50 juta yang dikenakan terhadap bekas presidennya Najib Razak, sekali gus membolehkannya menjalani baki hukuman penjara berhubung sabitan kes rasuah di bawah tahanan rumah.
Dalam satu kenyataan, Setiausaha Agung Umno, Asyraf Wajdi Dusuki, berkata parti itu berjaya mengumpul dana mencukupi menerusi kempen sumbangan yang dilancarkan pada September lalu.
“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada ahli-ahli dan orang ramai atas sumbangan mereka,” katanya.










