KAJANG – Datuk Seri Najib Razak dilihat keluar dari Penjara Kajang kira-kira pukul 2.37 petang sebentar tadi dengan menaiki sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) Proton X70 berwarna perak.
Kenderaan yang membawa bekas Perdana Menteri itu meninggalkan kawasan penjara dengan kawalan beberapa kenderaan pengiring serta sebuah van Jabatan Penjara.
Bagaimanapun, buat masa ini, destinasi Najib selepas meninggalkan Penjara Kajang masih belum dapat disahkan sama ada beliau dibawa ke kediamannya di Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur, yang sebelum ini dikaitkan dengan pelaksanaan tahanan rumahnya.








