JASIN – Pengalaman menyantuni golongan memerlukan menerusi aktiviti kebajikan sejak usia muda menjadi pendorong kepada calon Pakatan Harapan (PH) Muhammad Faiq Azman untuk memperluas khidmat bakti kepada masyarakat sekiranya diberi mandat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16.
Calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Serkam yang lebih dikenali sebagai Along Faiq itu berkata, minatnya terhadap kerja kemasyarakatan bermula sejak di bangku sekolah rendah menerusi penglibatan aktif dalam pasukan Pengakap dan berterusan hingga selepas tamat persekolahan.
Beliau berkata, antara usaha pernah dilaksanakannya ialah membantu go









