JASIN: Masalah paip lama yang kerap pecah mengakibatkan kerosakan jalan antara Nyalas dan Sungai Dua di sini, menjadi keutamaan calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan, Datuk Fairul Nizam Roslan, pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16.

Beliau yang mesra disapa 'YB Along' berkata, kedudukan paip lama di tengah jalan, ditambah oleh kenderaan berat melalui jalan itu menyebabkan kerosakan berulang hingga mengundang risiko keselamatan kepada pengguna.

Katanya, kerja penggantian paip lama dari simpang Sungai Dua hingga Pekan Asahan sudah diselesaikan, manakala laluan dari Nyalas ke Sungai Dua menjadi matlamat seterusnya.

"Kita sudah selesaikan penggal lalu ialah penukaran paip lama daripada simpang Sungai Dua sampai ke Pekan Asahan.