SHAH ALAM – Sebanyak 92 rumah terjejas akibat banjir yang melanda Kampung Melayu Subang di sini petang tadi, manakala tiga mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian itu.
Daripada jumlah berkenaan, dua mangsa iaitu seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) berusia lingkungan 50-an dan seorang bayi telah dipindahkan ke Pusat Perlindungan Sementara di Dewan Siantan.
Bagaimanapun, maklumat mengenai seorang lagi mangsa masih belum dikenal pasti.
Menurut laporan Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 5.18 petang.










