PETALING JAYA – “Dari Guthrie menghala NKVE tutup, banjir paras paha katanya.

Itu perkongsian seorang pengguna Threads, @Hisyam.zakari, yang memaklumkan keadaan banjir di laluan di Lebuh Raya GCE menghala ke Lebuh Raya Baru Lembah Klang susulan hujan lebat, petang tadi.

Cuaca buruk itu menyebabkan Lebuh Raya GCE dinaiki air sehingga kenderaan tidak dapat meneruskan perjalanan.

Menerusi video yang dikongsikan bersama hantaran tersebut, jelas memaparkan kesesakan lalu lintas teruk di laluan berkenaan.