Kulim: "Kejadian ribut dan angin kencang petang tadi sangat kuat hinggakan saya nampak beberapa bumbung rumah berterbangan dan rosak. Waktu kejadian disertai hujan lebat dan banyak jalan dinaiki air," kata penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Madie, 43.
Dalam kejadian sekitar jam 4 petang, kira-kira 10 rumah di Taman Jati, Taman Selasih dan Kampung Padang Kulim rosak akibat kejadian itu selain pokok tumbang di hadapan Rumah Amal Kulim.
Menurut Madie yang menetap di Taman Selasih berkata, ketika kejadian dia berada di luar kerana mempunyai urusan dan sewaktu kejadian, dia nampak ada bumbung rumah penduduk diterbangkan angin.
"Memang takut melihat kejadian depan mata tapi tak lama lepas tu, hujan berhenti sekitar jam 5.10 petang dan nampak banyak pokok tumbang serta dahan patah.








