Kuala Lumpur: Malaysia gagal mengekalkan kelebihan sebelum tewas 1-2 kepada Jepun pada aksi kelima Trofi Juara-Juara Asia di Punjab, India, hari ini.
Pada aksi di Stadium Hoki Olimpian Surjit Singh itu, Malaysia membuka tirai jaringan menerusi Azrai Aizad Abu Kamal pada minit ke-10, namun Jepun bangkit menyamakan kedudukan menerusi Kentaro Fukuda pada minit ke-24 sebelum pemain itu meledak gol kemenangan pada minit ke-54.
Ketua jurulatih skuad negara, Brendon Carolan berkata, Malaysia sepatutnya memanfaatkan peluang ketika menguasai permainan, terutama menerusi beberapa pukulan sudut penalti bagi menambah jaringan.
"Kami menguasai permainan dan mendahului 1-0, selain memperoleh beberapa pukulan sudut penalti. Namun, kami gagal menyempurnakannya ketika sepatutnya mampu mendahului dengan dua gol.








