GERIK – Hilang kawalan ketika memandu dipercayai menjadi punca kemalangan maut yang mengorbankan pasangan suami isteri di Kilometer 72, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Abdul Samad Othman berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kemalangan membabitkan sebuah Perodua Alza dan bas persiaran yang membawa 30 penumpang kira-kira pukul 3.30 petang.

Katanya, siasatan awal mendapati kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza yang dalam perjalanan dari arah Kedah menghala ke Kelantan dipercayai hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan.

“Bas persiaran yang datang dari arah bertentangan cuba mengelak ke kanan, namun perlanggaran tetap berlaku di tengah laluan apabila bahagian hadapan bas bertembung dengan bahagian hadapan sebelah kanan Perodua Alza.