SEREMBAN – Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan Setiausaha Dewan Keadilan dan Undang (DKU), Raja Norazli Raja Nordin untuk mencelah dalam saman pemula 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Negeri Sembilan berhubung tafsiran peruntukan dalam Undang-undang Tubuh Negeri Sembilan.

Bagaimanapun, Hakim Roz Mawar Rozain membenarkan DKU sebagai sebuah institusi untuk mencelah dan menetapkannya sebagai defendan ketiga dalam prosiding berkenaan.

Beliau berkata, Raja Norazli tidak mempunyai kepentingan peribadi dalam kes tersebut kerana kepentingan yang diba