Pasir Gudang: Seorang lelaki parah dalam pergaduhan membabitkan sekumpulan lelaki bersenjata di hadapan sebuah rumah pangsa di Taman Cendana di sini, tengah malam semalam.
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak berkata, pihaknya menerima maklumat berkaitan kejadian pada jam 12.18 tengah malam semalam.
Beliau berkata, mangsa dikejarkan ke Hospital Pasir Gudang bagi mendapatkan rawatan lanjut dan kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil.
"Bertindak atas maklumat, pada jam 4.34 pagi semalam sepasukan polis dari bahagian siasatan jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam menahan seorang suspek lelaki berusia dalam lingkungan 30-an.










