JAKARTA – Seorang lelaki dilaporkan mengalami kecederaan parah selepas diserang seekor buaya ketika menangkap ikan di muara sungai di daerah Pandeglang, wilayah Banten, lapor laman berita Lambe Turah.

Mangsa yang dikenali sebagai M. Romli, 50, menerima rawatan rapi di sebuah pusat kesihatan komuniti berikutan kecederaan yang dialaminya.

Menurut Ketua Kampung Banyuasih, Iyat, insiden berlaku secara mengejut apabila mangsa yang sedang menebar jala di kawasan muara tiba-tiba diserang reptilia ganas itu dari dalam air.

“Mangsa sedang mencari ikan di muara dan baru sahaja menebar jalan sebelum tiba-tiba dibaham seekor buaya pada kaki kan