KUALA LUMPUR – Johor Darul Ta’zim (JDT) sekali lagi mencuri perhatian dengan melangkah ke ‘gelanggang’ baharu menerusi pelancaran filem dokumentari ‘UNTAMED’ yang menceritakan perjalanan luar biasa Harimau Selatan hingga meraih 35 trofi dalam tempoh 13 tahun.

Filem dokumentari ini menampilkan perspektif peribadi pemangku Sultan Johor yang juga pemilik JDT, Tunku Mahkota Ismail dalam membangunkan JDT sebagai sebuah kelab yang terus mencabar untuk menetapkan penanda aras baharu dalam landskap bola sepak tempatan.

Filem dokumentari berdurasi 76 minit ini menghimpunkan barisan figura penting dalam perjalanan JDT,