KUALA LUMPUR: Pakatan Harapan (PH) setakat ini kekal bertanding di 21 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dengan sebarang perubahan tertakluk kepada keputusan pimpinan gabungan itu.

Pengarah Komunikasi PH, Datuk Seri Fahmi Fadzil, berkata PH akan memberikan tumpuan kepada kerusi yang sudah diumumkan.

"Kita telah umumkan 21 kerusi. Sekiranya ada apa-apa perubahan, kita serah kepada pimpinan untuk umumkan," katanya kepada media pada Majlis Sumbangan Deepavali Parlimen Lembah Pantai di IWK Eco Park@Pantai Dalam, malam ini.

Fahmi berkata, PH akan membuat pertimbangan berdasarkan kemampuan dan keupayaan gabungan itu sendiri, selain mengambil kira faktor strategik dan taktikal dalam menentukan penyertaan pada PRN berkenaan.