PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan takziah atas pemergian bekas Perdana Menteri Jepun, Yasuo Fukuda yang berjasa memperkukuh hubungan ASEAN-Jepun.
Anwar berkata, komitmen Fukuda terhadap hubungan serantau itu berteraskan kepercayaan, sikap saling menghormati dan matlamat bersama demi menjamin keamanan berkekalan serta kemakmuran bersama.
“Komitmen teguh beliau terhadap hubungan ASEAN-Jepun berakar daripada keyakinan bahawa keamanan berkekalan dan kemakmuran bersama mesti berteraskan kepercayaan, saling menghormati dan matlamat bersama,” katanya menerusi kenyataan.
Menurut Anwar, Fukuda turut memperjuangkan semangat Doktrin Fukuda yang mengutamakan dialog bagi merapatkan perbezaan serta kerjasama berbanding konfrontasi dalam kalangan negara Asia.









