PETALING JAYA – Perdana Menteri merakam ucapan takziah kepada keluarga dan rakyat Jepun atas pemergian bekas Perdana Menteri, Yasuo Fukuda.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Fukuda merupakan seorang negarawan yang banyak menumpukan sebahagian besar kehidupan awamnya dalam usaha memupuk persefahaman, persahabatan dan kerjasama antara negara-negara Asia.

“Komitmen teguh beliau dalam memperkukuh hubungan ASEAN-Jepun berteraskan keyakinan bahawa keamanan berkekalan dan kemakmuran bersama perlu diasaskan pada kepercayaan, rasa hormat serta matlamat bersama.

“Dalam meneruskan semangat Doktrin Fukuda, beliau mempertahankan visi Asia yang menyaksikan perbezaan dapat dirapatkan menerusi dialog, manakala kerjasama mengatasi konfrontasi,” katanya pada hantaran Facebook hari ini.