Seremban: Kejadian bunuh membabitkan pegawai kerajaan di kuarters kakitangan di Nilai, malam tadi, mendapat perhatian pimpinan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS).

Ketua Pengarah AKPS, Datuk Seri Shuhaily Mohd Zain dan warga agensi itu mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa wanita, 35, menerusi hantaran di Facebook AKPS.

"Dengan penuh dukacita dimaklumkan bahawa Norhazwani Ibrahim, Pegawai Kastam WK1, AKPS Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kembali ke rahmatullah pada 15 Oktober 2026.

"Pemergian beliau amat dirasai rakan sekerja dan seluruh warga AKPS. Semoga segala jasa, pengorbanan dan kebaikan Allahyarham sepanjang perkhidmatan menjadi amal jariah yang berpanjangan," katanya.