NILAI - [DIKEMAS KINI] Seorang pegawai Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) ditemukan maut dipercayai dibunuh suaminya dalam kejadian di Kuarters Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, malam tadi.Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad mengesahkan pihak polis menerima maklumat berhubung kejadian berkenaan kira-kira 8.30 malam.ARTIKEL BERKAITAN: Penjawat awam maut dipercayai dibunuh suami"Pembunuhan itu dipercayai dilakukan oleh suaminya. Suspek juga menyerahkan diri di balai polis selepas kejadian berkenaan," katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.Beliau berkata, pihak polis sedang menjalankan siasatan terperinci di lokasi kejadian bagi mengenal pasti motif pembunuhan serta waktu tepat kejadian.Suspek turut dibawa ke lokasi kejadian bagi membantu siasatan lanjut.Alzafny berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan maklumat lanjut berhubung kes akan dikeluarkan selepas siasatan di tempat kejadian selesai sepenuhnya. - Bernama
Polis sahkan pegawai AKPS maut dipercayai dibunuh suami

Key takeaways
Seorang pegawai AKPS ditemukan maut dipercayai dibunuh oleh suaminya di KLIA. Suspek menyerahkan diri kepada polis.
- Pegawai AKPS ditemukan maut di Kuarters KLIA.
- Suaminya dipercayai sebagai suspek dan menyerahkan diri.
- Polis sedang siasat motif dan waktu kejadian.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Harian Metro , Utusan Malaysia , Berita Harian
Story details
- Published
- Updated
- October 16, 2026 at 1:12 AM UTC
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Sinar Harian Polis sahkan pegawai AKPS maut dipercayai dibunuh suami (this story)
- Utusan Malaysia Polis sahkan pegawai AKPS maut ditikam suami






