SEREMBAN: Kes wanita dipercayai dibunuh suami di unit kediaman kakitangan kerajaan di Nilai, malam tadi, dipercayai berpunca daripada pergaduhan akibat perselisihan rumah tangga.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad, berkata siasatan awal di lokasi mendapati mangsa yang berusia 35 tahun ditikam, malah senjata yang digunakan turut ditemukan.

Beliau berkata, pada 9.30 malam tadi, Ibu Pejabat Daerah (IPD) Nilai menerima laporan berhubung seorang lelaki tempatan yang menyerah diri di Balai Polis Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, Selangor.

Suspek memaklumkan mengenai kematian isterinya di sebuah kediaman di kompleks perumahan awam di Nilai.