KUALA LUMPUR: Majlis Peguam Malaysia, menegaskan prinsip keadilan asasi perlu dipatuhi semua pihak dalam menangani krisis perlembagaan yang melanda Negeri Sembilan.

Presidennya, Anand Raj, berkata ia termasuk tindakan didakwa bertujuan menyingkirkan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Beliau berkata, sebarang tindakan untuk meminta Tuanku Muhriz berundur daripada menjalankan fungsi baginda atau turun takhta perlu mematuhi peruntukan Perkara X(1) Undang-Undang Perlembagaan Negeri Sembilan 1959.

Katanya, peruntukan itu menetapkan tindakan berkenaan hanya boleh dipertimbangkan dan diputuskan selepas siasatan menyeluruh dan lengkap oleh Undang yang sah.