KUALA TERENGGANU – Keseronokan segelintir remaja merempit bertukar apabila 77 motosikal mereka yang pelbagai jenis disita dalam operasi di Kilometer 11, Jalan Kuala Berang berhampiran Padang Midin, di sini, hari ini.

Sebanyakan 144 notis kompaun trafik turut dikeluarkan dalam operasi yang dijalankan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Terengganu selama hampir tujuh jam sehingga pukul 8 pagi itu.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor berkata, operasi terbabit memberi tumpuan untuk membanteras kegiatan samseng jalanan yang s