Kuala Lumpur: Anggota kumpulan Hijjaz, Isman Nadim Isam, 57, memaklumkan masalah berat badan berlebihan menyukarkan dia melakukan aktiviti harian terutama untuk mengerjakan solat.
Isman berkata, disebabkan saiz dan berat badannya, dia mengalami sakit lutut yang menyebabkan pergerakan menjadi terhad.
"Kebetulan Hijjaz ditawarkan mengadakan konsert di Istana Budaya, jadi kesempatan ini saya ambil sebagai motivasi untuk turunkan berat badan agar mudah saya beraksi atas pentas.
"Dari 102 kilogram (kg), saya sudah berjaya turunkan kepada 82kg. Malah, saya bertekad nak turunkan lagi kepada 75kg agar nampak fizikal lebih cantik.








