JOHOR BAHRU: Seorang bekas pemandu e-hailing dijatuhi hukuman penjara selama lapan tahun enam bulan oleh Mahkamah Tinggi di sini, hari ini selepas mengaku bersalah mendera seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun hingga menyebabkan kematiannya termasuk memaksa mangsa memakan najis, empat tahun lalu.
Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Abdul Fareed Abdul Gapoor menjatuhkan hukuman itu terhadap Chan Wen Jie, 32, selepas tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan pilihan mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.
Mahkamah memerintahkan hukuman bermula dari tarikh tertuduh ditangkap pada 3 Oktober 2022.
Tertuduh turut dikenakan bon berkelakuan baik selama tiga tahun dengan seorang penjamin tanpa cagaran.










