Paris: Pengendali Paris Saint-Germain (PSG), Luis Enrique berpendapat Manchester City layak memenangi trofi yang diraih mereka dan seharusnya dibenarkan mengekalkannya, meskipun kelab England itu berdepan kemungkinan dikenakan hukuman selepas didapati melanggar peraturan kewangan Liga Perdana Inggeris (EPL).
EPL mendakwa City menggunakan kontrak komersial 'palsu' sebagai sebahagian daripada rancangan untuk meningkatkan hasil pendapatan dan mengurangkan pelaporan kos melebihi £900 juta (RM4.73 bilion).
City yang sejak awal menafikan melakukan sebarang kesalahan dan sudah mengemukakan rayuan terhadap keputusan berkenaan, berdepan kemungkinan hukuman daripada denda dan pemotongan mata hingga penyingkiran ke divisyen lebih rendah serta pelucutan gelaran yang dimenangi.









