Putrajaya: Pelaksanaan pemasangan sistem solar fotovolta di bangunan Kerajaan Persekutuan dijangka memberi penjimatan kasar bil elektrik sehingga RM115 juta setahun apabila semua sistem beroperasi sepenuhnya.
Menteri Kerja Raya (KKR), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, program diterajui Kementerian Ekonomi itu membabitkan 19 projek di 46 bangunan kerajaan dengan kapasiti pemasangan keseluruhan 9.68 megawatt, meningkat kira-kira lapan peratus berbanding sasaran awal 9.0 megawatt.
Beliau berkata, program berkenaan menerima peruntukan RM57.6 juta, menjadi antara usaha kerajaan memperkukuh agenda pembangunan mampan serta mengurangkan pelepasan karbon melalui penggunaan tenaga boleh baharu.






