Kuala Lumpur: Momentum kejayaan meraih pingat perak Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 gagal diteruskan di pentas dunia apabila skuad pecut berpasukan wanita negara terkandas pada pusingan kelayakan Kejohanan Berbasikal Trek Dunia 2026 di Shanghai, China, hari ini.

Trio negara yang dibarisi Nurul Izzah Izzati Mohd Asri, Nurul Aliana Syafika Azizan dan Nur Alyssa Mohd Farid mencatat masa 48.366 saat untuk menduduki tempat ke-11 daripada 18 pasukan yang mengambil bahagian, sekali gus gagal menempatkan diri dalam kelompok lapan terbaik untuk mara ke pusingan pertama.

Great Britain mengungguli kelayakan dengan catatan 45.842 saat, diikuti China yang merekodkan 45.912 saat, manakala Jerman di tempat ketiga menerusi masa 46.303 saat.