GERIK – Mayat seorang lelaki ditemukan terapung di kawasan tebing Tasik Raban di sini, Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Abdul Samad Othman berkata, penemuan mayat itu dilaporkan orang awam kepada pihak polis pada pukul 5.17 petang sebelum sepasukan anggota digerakkan ke lokasi kejadian.

Katanya, mayat lelaki itu kemudian dibawa ke Hospital Gerik sebelum dirujuk ke Bahagian Forensik Hospital Taiping bagi pemeriksaan lanjut dan proses pengecaman identiti.

“Identiti lelaki itu disahkan oleh isterinya menerusi proses pengecaman di Bahagian Forensik Hospital Taiping semalam.