Georgetown: Mahkamah Tinggi di sini diberitahu, pihak pendakwaan mengemukakan empat alasan utama bagi memohon supaya empat tertuduh dalam kes pembunuhan mangsa buli, T Nhaveen sembilan tahun lalu disabitkan kesalahan mengikut undang-undang.

Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Amril Johari berkata pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan ketika mengemukakan hujahan pada peringkat pembelaan.

Katanya, selain berlaku percanggahan antara pembelaan pada peringkat kes pendakwaan berbanding keterangan dikemukakan di peringkat membela diri.

"Menjadi kewajipan tertuduh pertama hingga empat untuk menimbulkan keraguan munasabah berdasarkan pembelaan ditimbulkan semasa siasatan dan di peringkat prima facie.