Kuala Lumpur: "Alhamdulillah, saya amat bersyukur atas pengiktirafan ini.
"Anugerah ini bukan milik saya tetapi juga kanak-kanak, pendidik, pemegang lesen, pemegang francais, ahli pasukan, ibu bapa serta semua pihak yang meletakkan kepercayaan terhadap misi saya selama ini."
Itu kata pengasas bersama, pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Little Caliphs International Sdn Bhd (LCISB), Datuk Roslan Nordin yang menerima Anugerah Kepimpinan Pendidikan Awal Kanak-kanak Islam sempena majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Swasta 2026 edisi ke-12 baru-baru ini.
Anugerah itu disampaikan ketika majlis yang diadakan di sebuah hotel dekat ibu negara.










