Alor Gajah: Seorang penuntut Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) meninggal dunia selepas terbabit kemalangan sebaik menziarah pusara ibunya di Kuala Selangor, Selangor, jam 5.30 petang, semalam.
Nurul Fatehah Alya Kamaruaf'fandi, 20, yang bersendirian menunggang motosikal Honda Vario 160 dipercayai terbabas sendiri dalam nahas di Kilometer 211.4, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), arah selatan.
Ketika kejadian, mangsa dalam perjalanan pulang ke kampus UTeM.
Pentadbiran UTeM memaklumkan, mangsa adalah penuntut tahun dua Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Keselamatan Komputer) dengan Kepujian, Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi (FTMK).









