Iskandar Puteri: Pemain perseorangan lelaki negara, Justin Hoh bertekad merangkul gelaran Malaysia Super 100 2026 selepas memulakan kempen dengan langkah kanan apabila menewaskan pemain Korea Selatan, Kim Hae Deun, 21-15, 21-16 dalam aksi pusingan kedua di Arena Tertutup, Kompleks Sukan EduCity, hari ini.

Justin yang menghuni ranking ke-45 dunia berkata, kemenangan itu menjadi suntikan semangat untuknya memperbaiki prestasi menjelang aksi pusingan ketiga dalam misi memburu gelaran di laman sendiri.

"Saya sangat gembira dapat memenangi perlawanan ini dan berharap dapat beraksi dengan lebih baik esok. Kejohanan ini amat penting bagi saya kerana berlangsung di halaman sendiri, dan saya berharap dapat memenangi gelaran untuk Malaysia," katanya.