London: Rayuan Manchester City berhubung lebih 100 pertuduhan melanggar peraturan kewangan Liga Perdana Inggeris (EPL) dijangka didengar menjelang Januari depan, menurut Pengerusi Pengawal Selia Bebas Bola Sepak England (IFR), David Kogan.

Man City sebelum ini didapati bersalah atas lebih 100 pelanggaran peraturan kewangan EPL, namun kelab itu berulang kali menegaskan mereka tidak bersalah dan kini menunggu keputusan rayuan berkenaan.

Tiada hukuman diumumkan setakat ini, namun Man City berdepan kemungkinan dikenakan pemotongan mata besar-besaran yang boleh menyaksikan mereka tersingkir daripada EPL.

Malah, timbul spekulasi bahawa kelab itu juga boleh dilucutkan tiga gelaran EPL yang dimenangi antara 2009 hingga 2018 sekiranya hukuman berkenaan dikenakan.