LONDON: Rayuan Manchester City berhubung lebih 100 dakwaan pelanggaran peraturan kewangan Liga Perdana Inggeris (EPL) dijangka didengar menjelang Januari depan, menurut Pengerusi Pengawal Selia Bebas Bola Sepak England (IFR), David Kogan.
City, yang berulang kali menegaskan mereka tidak bersalah, masih menunggu keputusan berhubung kes berkenaan yang berpotensi membawa kepada hukuman berat sekiranya didapati bersalah.
Kelab itu ketika ini menerajui carta EPL dengan rekod enam kemenangan daripada enam perlawanan selepas membelasah Liverpool 3-0 pada hujung minggu lalu.
Setakat ini, tiada hukuman diumumkan terhadap City namun kelab itu berdepan kemungkinan pemotongan mata besar-besaran yang boleh membawa kepada penyingkiran, malah terdapat spekulasi mereka mungkin dilucutkan tiga gelaran EPL yang dimenangi antara 2009 hingga 2018.









