KUALA LUMPUR: Pemandu BYD Seal yang terbabit kemalangan enam kenderaan sehingga meragut nyawa kanak-kanak perempuan berusia lima tahun di Jalan Kuching, di sini Sabtu lalu, dijangka didakwa dengan tiga pertuduhan di Mahkamah Majistret, esok.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa, berkata pemandu berusia 24 tahun itu ditahan kira-kira jam 11.30 pagi ini sejurus selepas dia dibenarkan keluar dari hospital di Damansara.

Beliau berkata, pemandu itu kemudiannya dibawa ke lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, kira-kira jam 12.30 tengah hari.

"Kertas siasatan sudah dirujuk kepada pengarah pendakwaan pada jam 3 petang hari ini.