Pemandu e-panggilan Syafiq Ibrahim mengaku tak salah di Mahkamah Majistret Shah Alam atas tiga tuduhan menyebabkan kematian dan kecederaan penumpangnya dalam satu kemalangan di Plaza Tol Petaling Jaya, di Subang Jaya.

PETALING JAYA: Seorang pemandu e-panggilan di dakwa di Mahkamah Majistret Shah Alam atas tiga pertuduhan termasuk memandu bawah pengaruh dadah hingga menyebabkan kematian penumpangnya yang juga pelajar kolej swasta warga Maldives, Ahad lalu.

Tertuduh, Syafiq Ibrahim, 37, mengaku tidak bersalah selepas ketiga-tiga tuduhan dibacakan di hadapan Majistret Syafiq Sulaiman, lapor Berita Harian.

Mengikut pertuduhan, Syafiq didakwa memandu kereta Perodua Ativa di bawah pengaruh dadah jenis syabu sehingga menyebabkan kematian penumpangnya, Aamina Imeely Nazim, 22.