Perdana Menteri Anwar Ibrahim (kanan) dan Presiden Myanmar Min Aung Hlaing dalam sidang media bersama di Putrajaya hari ini. (Gambar Facebook)

PUTRAJAYA: Myanmar bersedia memudahkan proses penghantaran pulang warganya secara besar-besaran dan menanggung kos berkaitan, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata setakat ini, lebih 10,493 warga dan petugas Myanmar telah dihantar pulang ke negara itu menerusi penerbangan dan kapal tentera laut, manakala urusan penghantaran pulang seterusnya akan dirundingkan antara Kementerian Dalam Negeri Malaysia dan kementerian berkaitan di Myanmar.

Anwar berkata Malaysia menghargai kesediaan Myanmar menerima kembali warganya, sambil menyatakan bahawa amat sedikit negara yang sanggup menerima penghantaran pulang rakyat mereka dalam jumlah besar dengan menanggung kos sendiri.