PUTRAJAYA – Myanmar bersedia meneruskan program repatriasi rakyat dengan kerajaan negara itu sanggup menanggung kos penghantaran pulang rakyatnya dalam jumlah besar yang mana ketika ini sekitar 3,000 hingga 4,000 individu masih berada di depot.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, berdasarkan pengalamannya, sangat sedikit malah hampir tiada negara yang sanggup menerima proses repatriasi rakyat mereka dalam jumlah besar dengan menanggung kos sendiri seperti ditunjukkan Myanmar.
“Isu kedua yang menjadi kebimbangan ialah repatriasi rakyat Myanmar. Ramai antara kita mungkin tidak menyedari bahawa sangat sedikit, malah berdasarkan pengalaman saya, hampir tiada negara yang sanggup menerima proses repatriasi rakyat mereka dalam jumlah yang besar dengan menanggung kos sendiri seperti yang telah ditunjukkan oleh Myanmar.









